Carian
Steam Deck Mula Dijual Secara Rasmi
February 26, 2022 Effi Saharudin

Selepas ditangguhkan dari tarikh jualan asal Disember tahun lalu, Steam Deck mula dijual secara rasmi di Amerika Syarikat dan Eropah hari ini. Konsol mudah alih dari Valve ini dilengkapi skrin bersaiz 7-inci, dijana cip AMD APU Zen 2, sokongan grafik AMD RDNA 2 yang dinamakan Aerith, memori 16GB LPDDR5 RAM, dan storan bermula 64GB eMMC sehingga 512GB NVME SSD.

Sempena pelancarannya, Valve turut membuka laman untuk membeli dan melakukan tempahan awal sekiranya kehabisan stok. Bagi yang berminat konsol mudah alih degan SteamOS ini dijual pada harga bermula $399 sebuah untuk storan 64GB dan meningkat ke $649 untuk storan 512GBV. Di Malaysia beberapa kedai permainan juga menjual Steam Deck tetapi pada harga yang berlipat ganda dari asal.

Bagi memudahkan pembeli mencari permainan video yang disokong Steam Deck, Valve turut melancarkan laman Great on Deck. Setakat ini beberapa ratus permainan yang ditawarkan gedung Steam boleh digunakan termasuk permainan baharu Elden Ring dan permainan klasik Witcher 3.

Komen