Ukraine Menggesa Apple Menghalang Jualan Produk Dan Perkhidmatan Di Rusia

Diterbitkan pada Feb 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rusia menyerang Ukraine minggu ini dengan alasan membebaskan kawasan yang inginkan menyertai negara mereka. Serangan menerima kecaman dunia yang melihatnya sebagai langkah Rusia untuk meluaskan kawasan. Beberapa negara Barat mula mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia tetapi ia dilihat sebagai tidak mencukupi untuk memberikan tekanan kepada Preisen Putin.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov semalam menggesa Tim Cook untuk menarik kesemua produk dan perkhidmatan Apple di Rusia. Antara halangan yang dicadangkan ialah menghalang akses kepada App Store. Apple masih belum memberikan kenyataan balas tetapi Tim Cook telag mengeluarkan kenyataan akan membantu kakitangan di Ukraine serta menyokong progam bantuan kemanusiaan kepada insan yang terkesan.

Konflike Ukraine Rusia masih belum berakhir dan telah mengorbankan puluhan nyawa setakat ini. Sekatan ekonomi yang telah dilakukan gagal memberikan sebarang impak kepada Rusia tetapi telahpun menyebabkan nilai kriptowang merudum.

Sumber Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami