Huawei MateBook X Pro Hadir Dengan Sokongan Gestur, Skrin 3:2

Diterbitkan pada Feb 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan Huawei MateBook X Pro 2022 untuk pasaran China, dan kini komputer riba berkenaan turut dilancarkan untuk pasaran global melalui acara MWC 2022.

MateBook X Pro ini hadir dengan cip Intel U Generasi ke-11, dan hadir dengan skrin 14.2-inci pada resolusi 3:2. Ia juga hadir dengan pengoptimasian warna dan cahaya yang cantik pada komputer riba – melepasi piawaian VEESA DisplayHDR 400.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah pilihan memori sehingga 16GB LPDDR4, storan sehingga 1TB NVMe PCIe, serta bateri dengan sokongan pengecasan 65W berasaskan USB-C.

Enam speaker disertakan pada komputer riba ini, selain kamera telesidang berkualiti tinggi.

Menariknya pada komputer riba ini juga adalah bahagian trackpad yang turut dilengkapi sokongan gestur untuk memudahkan anda melakukan beberapa tugasan.

Huawei turut menyertakan pengoptimasian dari segi perisian, membolehkan pengalaman selari telefon pintar – dan memudahkan telefon pintar Huawei dihubungkan ke komputer riba.

Buat masa ini, harga jualan komputer riba ini di Malaysia masih belum diketahui lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami