Lukisan Skematik iPhone 14 Mengesakan Penggunaan Dwi Lubang Kamera

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini mengatakan Apple tidak akan lagi menggunakan rekaan skrin bertakuk pada iPhone 14. Sebaliknya takuk yang kini ikonik akan digantikan dengan dua lubang kamera – satu berbentuk bulat dan satu lagi berbentuk bujur.

Minggu ini lukisan skematik yang didakwa adalah untuk iPhone 14 telah tertiris ke Weibo dan sekali lagi menunjukkan penggunaan rekaan dwi-lubang kamera. Rekaan ini akan memberikan ruang lebih besar untuk notifikasi pada peranti kelak tetapi pastinya menimbulkan perdebatan di kalangan pengguna.

Di awal pengenalan iPhone X, rekaan takuk yang besar menjadi bahan jenaka dan dibenci tetapi kini tidak lagi dibicarakan oleh pengguna kerana alah bisa tegal biasa. Persoalannya ialah adalah ini rekaan yang terbaik atau kekalkan sahaja takuk kerana ia bukanlah isu yang besar bagi majoriti pemilik.

Sumber PhoneArena

komen


© Amanz / 2022 Kami