Cari @ Amanz

Instagram dan iPad kedua-duanya dilancarkan pada tahun 2010. Secara lazimnya peranti yang sudah lama wujud akan menyokong aplikasi yang popular di gedung aplikasi. Tetapi bagi kes Instagram, selepas hampir 12 tahun masih tiada aplikasi yang dibina khusus untuk iPad.

Mengapa ia tidak dibangunkan telah dijawab sendiri oleh Adam Mosseri, yang mengetuai Instagram menerusi sebuah ciapan semalam. Menurut Mosseri, jumlah pengguna Instagram di iPada adalah kecil oleh itu ia berkepentingan rendah untuk dibangunkan pada waktu ini. Sungguhpun begitu beliau tidak menolak aplikasi akan dibangunkan juga di masa hadapan.

Selai Instagram, aplikasi WhatsApp untuk iPad juga sudah lama diminta. Cara menggunakannya sekarang adalah menerusi versi web sahaja di Safari dengan mula kedengaran versi aplikasi akan dilancarkan menerusi ciri sokongan multi-peranti kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd