Cari @ Amanz

Peranti 5G di Malaysia tidak semestinya menyokong rangkaian 5G kerana terdapat pelbagai spesifikasi yang perlu dipenuhi. Bagi pemilik ZTE Axon 30 5G dan ZTE Axon 30 Ultra 5G di Malaysia, berita baik pagi ini ialah kedua-dua peranti ini akhirnya disokong oleh rangkaian 5G yang dibangunkan oleh DNB.

Kedua-dua peranti dilancarkan di Malaysia tahun lalu dengan Axon 30 adalah peranti komersial pertama dengan kamera di bawah skrin. Pada waktu artikel ini ditulis, jumlah peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia masih lagi kecil. ZTE menyertai Xiaomi, Huawei, Honor, Vivo, Nokia, dan Opp dalam senarai peranti yang disokong setakat ini.

Peranti Apple dan Samsung langsung tidak disokong sehingga menimbulkan pelbagai persoalan yang kemudiannya dijawab sendiri oleh pihak DNB minggu lalu kepada pihak Amanz. Jadi sekiranya 5G penting bagi anda, pastikan peranti yang telah disokong dibeli.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd