SKMM : Johor Bahru Mencatatkan Kadar Aduan Telekomunikasi Paling Tinggi Sepanjang 2021

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

SKMM telah pun berkongsi beberapa data berkaitan aduan pengguna sepanjang 2021 lepas. Salah satu perkara yang turut dikongsikan adalah aduan pengguna berdasarkan lokasi.

Daripada data berkenaan, Johor Bahru mencatatkan kadar aduan telekomunikasi paling tinggi sepanjang 2021, dan diikuti oleh Petaling Jaya, Seremban, Kuala Lumpur, dan juga Klang.

Mengikut SKMM juga, kadar aduan yang paling tinggi sepanjang 2021 lepas adalah berkaitan dengan sambungan rangkaian 4G yang lemah dan juga berkenaan dengan ketiadaan rangkaian 4G dikawasan.

Untuk makluman, data ini adalah untuk aduan yang dilakukan terus kepada SKMM. Berkemungkinan, kadar aduan lebih tinggi kerana ia tidak menyertakan data daripada syarikat telekomunikasi sendiri. Bagi anda sendiri, boleh lakukan aduan terus kepada SKMM melalui laman rasmi Aduan @ SKMM.

komen


© Amanz / 2022 Kami