Samsung Berkata Tempahan Siri Galaxy S22 Dua Kali Ganda Siri S21 Dengan 60% Adalah S22 Ultra
February 28, 2022
Samsung
Effi Saharudin
Samsung telah mengumumkan tempahan awal untuk siri Samsung Galaxy S22 setakat ini adalah dua kali ganda tempahan yang diterima untuk siri Galaxy S21. Dari jumlah ini 60% tempahan awal adalah untuk Samsung Galaxy S22 Ultra yang merupakan model paling mercu.

Ini adalah berita baik bagi Samsung yang ingin mengekalkan kedudukan mereka sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Berdasarkan data tahun lalu, mereka kini dikejar rapat oleh Apple, Xiaomi, Oppo dan Vivo sejak kebelakangan ini. Walaupun berada di tempat pertama, pendapatan Samsung tahun lalu adalah jauh di belakang Apple dengan harga purata peranti $825 dengan Samsung pula $263 sebuah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.