Cari @ Amanz

Dua tahun lalu ThinPad X menjadi yang pertama ditawarkan dengan skrin boleh lipat. Tahun ini di MWC Barcelona, Lenovo ThinkPad X13s pula diumumkan sebagai yang pertama menggunakan cip pemproses Snapdragon 8cx Gen 3. Komputer riba Windows 11 Pro ini dilengkapi skrin 13.3″ WUXGA 16:10, dilengkapi memori sehingga 32GB LPDDR4X dan storan SSD sehingga 1TB.

Kerana ia hadir dengan cip Snapdragon, terdapat sokongan rangkaian 5G mmWave menerusi modem Snapdragon X55 serta WiFi 6E yang terkini. Pengguna boleh memilih menggunakan SIM nano ataupu eSIM.

Memandangkan ia sebuah ThinkPad ia hadir dengan ciri lazim iaitu papan kekunci jenis smiley, pad sesentuh, tombol TrackPoint dan kamera web yang boleh dinyahaktifkan dengan menekan butang F9. Kamer web yang digunakan sebesar 5MP dengan pilihan meletakkan kamera IR untuk nyahkunci wajah. Bateri pula adalah sebesar 49.5Whr.

Pilihan I/O adalah agak terhad iaitu 2 x USB-C 3.2 Gen 2, bicu audio dan kunci Kensington. Kesemua komponen dimasukkan ke dalam kerangka sebesar 298.7 x 206.4 x 13.4mm dan seberat 1.06kg sahaja. Lenovo ThinkPad X13s akan dijual Mei ini pada harga bermula €1399 (~RM6562) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd