Poco Kini Menawarkan Poco M4 Pro Dalam Pilihan 4G – Berharga Bermula RM899

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco sedia menawarkan Poco M4 Pro 5G di Malaysia sebelum ini, dan kini mereka turut menawarkan variasi peranti berkenaan dengan pilihan hanya rangkaian 4G, sekaligus ditawarkan pada harga sedikit rendah.

Poco M4 Pro hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G96, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Ia turut hadir dengan kamera utama 64-megapixel dibelakang, dan dilengkapi sensor ultra-lebar 8MP dan 2MP makro. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 16-megapixel dihadapan.

Melengkapkan ia adalah bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 33W, selain menjalankan MIUI 13 untuk POCO.

Untuk perbandingan, versi 5G hadir dengan skrin 6.6-inci IPS LCD, dijana MediaTek Dimensity 810, dan kamera utama 50MP.

Dari segi harga, ia membawakan perbezaan RM100 jikalau dibandingkan dari segi penawaran storan. Poco M4 Pro (4G) ditawarkan pada harga bermula RM899 untuk 6GB RAM dan 128GB storan, sementara RM1099 untuk 8GB RAM dan 256GB storan.

Ketika jualan permulaan pada 3 Mac kelak melalui Lazada, Poco M4 Pro ini boleh didapati masing-masing pada harga RM799 dan RM949.

Sebagai perbandingan juga, Poco M4 Pro 5G ditawarkan pada harga bermula RM849 untuk 4GB RAM dan 64GB storan, sementara RM999 untuk 6GB RAM dan 128GB storan.

komen


© Amanz / 2022 Kami