Cari @ Amanz

Selain telefon gaming Lenovo Legion Y90, tablet gaming Lenovo Legion Y700 turut diumumkan malam ini. Tablet ini dilengkapis krin 8.8″ LCD 2560 x 1600 pixel dengan kadar segar semula 120Hz serta sokongan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Snapragon 870, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 6550 mAh dengan pengecasan 45W.

Kamera belakang sebesar 13MP dengan kamera hadapan pula 8MP. Terdapat sepasang speaker stereo dengan Dolby Atmos. Kerana ia direka untuk gaming, peranti hadir dengan sistem penyejukan dan bicu audio 3.5mm.

Tubuh diperbuat daripada aluminium tanpa rekaan agresif telefon pintar gaming Legion. Sistem operasi Android 12 digunakan bersama pelancar ZUI 13. Di China harga jualan Lenovo Legion Y700 ialah RMB 2199(~RM1464) untuk 8/128GB dan RMB 2499 (~RM1664) untuk 12/256GB

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd