Cari @ Amanz

Seberapa pantas pengecas yang anda gunakan sekarang? Di MWC Barcelona, Oppo melancarkan format pengecasan terkini 150W SuperVOOC yang boleh mengecas bateri sebesar 4500 mAh dalam masa hanya 15 minit.

Pengecas ini akan diperkenalkan pada peranti mereka tahun ini. Menurut Oppo tahap kesihatan bateri adalah sekitar 80% selepas melalui 1600 kitaran pengecasan 150W SuperVOOC kerana penggunaan teknologi Battery Health Engine (BHE). Pada waktu yang sama ini ialah pengecas turut menyokong format Programmable Power Supply (PPS), Power Delivery (PD), dan Quick Charge (QC) tetapi tidak pada kuasa maksimum.

Selain SuperVOOC 150W, Oppo turut memperlihatkan sistem pengecasan lebih pantas 240W SuperVOOC yang boleh mengecas bateri dalam masa 9 minit sahaja. Buat masa ini teknologi ini masih di peringkat prototaip. Pelancaran hari ini serentak dengan pengumuman pengecas Realme UltraDart 200W yang juga diumumkan di MWC Barcelona.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd