OnePlus 10 Pro Akan Ke Pasaran Global Bermula Mac

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 10 Pro dilancarkan di China awal Januari lalu tanpa sebarang maklumat mengenai bila ia akan ke pasaran global. Hari ini Pete Lau, CEO OnePlus mengesahkan peranti akan akhirnya ditawarkan ke pasaran global bermula penghujung Mac ini.

Peranti akan dipasarkan di Amerika Syarikat, India dan Eropah terlebih dahulu sebelum ditawarkan pula ke pasaran lain seperti Asia Tenggara. OnePlus berkata China, India, Eropah dan Amerika Syarikat adalah pasaran utama mereka pada waktu ini dan tahun ini akan mula memasarkan produk ke Amerika Selatan. Pete Lau turut mengesahkan sistem operasi yang bakal digunakan model global ialah OxygenOS 12 berasaskan Android 12.

Tahun lalu sebanyak 11 juta peranti OnePlus berjaya dikeluarkan dan adalah angka jualan terbaik setakat ini. Turut didedahkan lebih 10 juta peranti OnePlus Nord telah terjual sejak peranti diperkenalkan pada tahun 2020.

komen


© Amanz / 2022 Kami