TikTok Meningkatkan Had Muat-Naik Video Ke 10 Minit

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok hari ini meningkatkan had muat naik video ke 10 minit bagi membolehkan pengguna menghasilkan kandungan yang lebih panjang. Ini membantu mereka yang ingin menghasilkan video tutorial, bercerita atau membincangkan topik secara lebih terperinci.

TikTok

Sebelum ini TikTok menghadkan panjang video 15 saat sebelum meningkat ke 60 saat dan kemudiannya 3 minit. Perubahan ini dilakukan bagi membolehkan TikTok bersaing secara langsung dengan YouTube dengan penawaran video format panjang pula.

Sebagai platform media sosial video yang popular di kalangan anak muda, TikTok menunjukkan peningkatan yang mendadak akhir-akhir ini. Mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja lagi keunikan TikTok sebagai platform video pendek akan berakhir dan ia lebih menghampiri YouTube.

Pengenalan ciri ini juga sekaligus membuatkan TikTok akan bersaing dengan YouTube dari segi masa tontonan video selepas ini. Sementara TikTok memperkenalkan sokongan video lebih panjang, pihak YouTube pula dilihat sedang memfokuskan ciri video pendek dinamakan YouTube Shorts.

komen


© Amanz / 2022 Kami