Xiaomi 12 Versi Global Mungkin Dilancarkan Pada 15 Mac

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Xiaomi 12 dilancarkan di China pada Disember tahun lalu. Dengan spesifikasi kelas mercu dan harga mampu milik, Xiaomi 12 adalah antara peranti yang paling didambakan oleh pengguna global. Menurut laporan AndroidPlanet, peranti ini akan dilancarkan di peringkat global pada 15 Mac kelak.

Ini adalah berdasarkan sumber dalaman yang meniriskan maklumat kepada laman. Pada asalnya ramai meramalkan peranti akan dilancarkan di MWC tetapi ini tidak berlaku. Tahun lalu Mi 11 dilancarkan di Malaysia pada 25 Februari dan pelancaran Xiaomi 12 sudahpun lewat.

Sungguhpun begitu jika harga jualannya masih mampu milik, ia pasti akan dinantikan ramai sekaligus mengukuhkan status Xiaomi sebagai peranti pilihan marhaen.

komen


© Amanz / 2022 Kami