Instagram Memperkenalkan Ciri Kapsyen Video Automatik Seperti TikTok – Menyokong Bahasa Melayu

Diterbitkan pada Mac 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perang media sosial menyebabkan syarikat-syarikat mula meminjam ciri yang wujud pada aplikasi pesaing pada platforrm mereka. Hari ini Instagram akhirnya mengaktifkan ciri menghasilkan kapsyen video secara automatik yang mirip dengan ciri popular yang diperkenalkan TikTok dan Twitter tahun lalu.

Pada peringkat awal ciri hanya menyokong 17 bahasa utama dunia iaitu Bahsa Melayu, Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis, Arab, Vietnam, Itali, Jerman, Turki, Rusia, Thai, Tagalog, Urdu, Hindi, Indonesi dan Jepun.

Menerusi ciri ini, kapsyen sari kata akan dipaparkan secara automatik di bawah skrin semasa video dimainkan. Ini amatlah berguna bagi golongan OKU pendengaran yang masih ingin menikmati video tetapi terhalang selama ini kerana tiada sari kata. Selain itu ia juga berguna bagi mereka yang suka menonton video dalam mod bisu. Bagi pengguna yang tidak memerlukannya pula, ciri kapsyen boleh dimatikan menerusi skrin tetapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami