Sonos Roam SL dilancarkan di Malaysia hari ini sebagai versi lebih mampu milik berbanding Sonos Roam yang dipasarkan tahun lalu. Harga jualan dapat dikurangkan kerana Roam SL tidak lagi dilengkapi mikrofon dan sekadar menjadi sebuah speaker mudah alih sahaja.

Rekaan masih lagi sama dengan Roam asal cuma tanpa mikrofon ia tidak lagi menyokong ciri pembantu maya, pemindahan audio ke Sonos berhampiran dan Trueplay. Trueplay menala audio bergantung kepada bunyi persekitaran.
Dari segi spesifikasi ia masih lagi dilengkapi cip empat teras 1.4GHz, kalis air IP67, dan bateri 18Wh yang menawarkan penggunaan sehingga 10 jam. Ia juga menyokong format AirPlay 2untuk perkongsian audio dengan lebih mudah dan juga boleh dipadankan dengan peranti Roam SL atau Roam lain untuk menjadi sistem stereo.
Di Malaysia pra-tempahan telah dibuka hari ini menerusi laman Sonos dan Lazada dengan peranti dijual pada harga RM1099 sebuah.