Cari @ Amanz

Oppo baru sahaja mengumumkan sistem pengecasan pantas baharu yang lengkap dengan kuasa output mencapai 150W. Melaluinya, Oppo mendakwa yang mana ia mampu mengecas peranti pintar dengan bateri sebesar 4,500mAh dalam hanya 15 minit sahaja.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, OnePlus kini dilaporkan telah mengacah mengenai kehadiran peranti pintar yang dilengkapi sistem pengecasan tersebut. Tiada tarikh khusus yang dikongsi, namun terdapat ura-ura kedengaran yang mengatakan ia bakal tiba sekitar suku kedua tahun ini. Ini bermakna pelancarannya boleh berlaku di antara bulan April hingga Jun. Ini juga adalah selari dengan kenyataan Pegawai Eksekutif OnePlus, Pete Lau yang mengatakan bahawa mereka akan memulakan peranti pertama OnePlus pada suku kedua 2022.

Turut menjadi pertanyaan adalah jenis model peranti yang bakal menyokongnya kelak kerana tiada butiran mengenainya yang dikongsi. Bagaimanapun, memetik laporan Android Central, peranti berkenaan besar kemungkinan adalah OnePlus Nord3. Namun menurut spekulasi awal, peranti berkenaan kelak akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz, cip keluaran MediaTek, kamera utama 50MP Sony IMX766 dan bateri sebesar 4,500mAh.

Sumber : Android Central, Gizmochina

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd