Cari @ Amanz

Facebook Campus diumumkan pada tahun 2020 sebagai usaha Facebook untuk kembali kepada fitrah. Menerusinya, pelajar di kampus universiti boleh berhubungan antara satu sama lain dalam komuniti mereka yang tersendiri. Ujian dilakukan secara tertutup dan selepas lebih setahun Facebook Campus ditamatkan bermula 10 Mac.

Facebook Campus

Facebook Campus hanya dibuka kepada pengguna dengan alamat emel dari kolej yang disertai. Dengan penutupan Campus, pengguna sedia ada disarankan untuk memuat turun kesemua data yang telah dimuat naik kerana kesemuanya akan dipadam oleh Facebook. Pengguna kemudiannya akan disarankan menyertai Facebook Group universiti mereka sebagai ganti.

Ini bukan eksperimen pertama Facebook yang cuba menarik minat pengguna lebih muda yang ditamatkan. Empat tahun lalu Lifestage yang cuba mencabar Snapchat telah dimatikan sementara Instagram untuk kanak-kanak pula ditentang.

Sumber Techcrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd