TCL Memperlihatkan Prototaip Peranti Skrin Boleh-Lipat 360 Darjah

Diterbitkan pada Mac 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MWC Barcelona telah melabuhkan tirai mereka dengan skala tahun ini lebih kecil berbanding edisi-edisi pra-pendemik. Beberapa syarikat teknologi menggunakan acara ini untuk mempamerkan peranti konsep yang agak menarik dan antaranya ialah TCL. Di acara ini TCL memperlihatkan peranti prototaip dengan skrin boleh-lipat 360 darjah serta hibrid boleh-lipat dan boleh-gulung.

TCL 360-degree Ultra Flex dilengkapi skrin 8″ AMOLED yang boleh dilipat ke dalam atau keluar mengikut kehendak pemilik. Bayangkan sebuah Galaxy Fold dan Mate X dalam satu peranti. Untuk merealisasikan rekaan ini, bezel yang tebal diletakkan pada bahagian sisu untuk sistem kamera. TCL tidak memberitahu apakah spesifikasi peranti ini dan juga tahap ketahanan jangka panjang skrin.

Syarikat ini telah beberapa kali memperlihatkan peranti konsep yang inovatif tetapi sehingga sekarang masih belum mengeluar peranti sebenar. Tahun lalu TCL Fold dan Slide – sebuah peranti hibrid boleh-lipat dan boleh gulung turut diperlihatkan. Wujudkan pasaran untuk peranti dengan rekaan seperti ini?

Sumber GSMArena

komen


© Amanz / 2022 Kami