realme 9 Pro+ – Hadir Dengan Sejumlah Ciri Premium Menarik Pada Harga Kompetitif

Diterbitkan pada Apr 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dahulu, jika kita sebut sahaja peranti mampu milik, mesti yang berada di minda kita adalah telefon pintar dengan penawaran spesifikasi asas. Namun memandangkan dunia teknologi sekarang bergerak laju dan semuanya semakin canggih, kita dapat lihat peredaran teknologi sekarang dimana telefon pintar mampu milik juga boleh dilengkapi dengan spesifikasi padu daripada teknologi terkini. Siri realme 9 Pro adalah antara telefon pintar mampu milik dan ini adalah antara ciri-ciri yang ada pada telefon pintar ini dan tidak ditawarkan pada telefon pintar mampu milik dahulu.

1. Rangkaian Teknologi 5G

5G merupakan singkatan kepada perkataan 5th Generation yang merupakan terma untuk satu lagi generasi baru untuk rangkaian mudah alih. Untuk pengetahuan anda, acara demonstrasi untuk rangkaian 5G kini sudah pun dijalankan di Malaysia dan syarikat telekomunikasi juga bersaing antara satu sama lain untuk menawarkan rangkaian 5G yang terbaik kepada semua. Malah, realme juga pernah menjalankan realme 5G Summit sekitar Jun tahun lalu yang mengetengahkan tentang strategi mereka dalam meluaskan penggunaan peranti realme 5G kepada semua golongan pengguna.

Kemudian tahun ini, siri realme 9 Pro 5G pula telah dilancarkan dengan sokongan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920 5G untuk realme 9 Pro+ 5G, dan Snapdragon 695 5G untuk model realme 9 Pro 5G. Pelancaran ini adalah bagi menjayakan sasaran mereka dengan cara memenuhi kehendak pelbagai jenis golongan dan menepati kegunaan yang orang ramai inginkan, iaitu peranti mampu milik tetapi padat dengan spesifikasi yang baik. 

2. Kamera Dengan Sokongan IMX766 OIS

realme menyasarkan untuk membolehkan para pencipta kandungan mencipta karya mereka dengan menggunakan siri realme 9 Pro ini sahaja. Dengan bantuan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920 5G dan ditambah pula dengan sokongan yang terbina pada realme 9 Pro+ 5G itu sendiri, iaitu lensa 50MP 1/1.56 inci yang hadir dengan sensor mercu Sony IMX766, OIS dan EIS, bersama teknologi ProLight Imaging, tentunya anda boleh menghasilkan rakaman yang lebih baik walaupun di persekitaran yang gelap.

Malah jika difikirkan semula, kebanyakan telefon pintar yang hadir dengan lensa Sony IMX766 ini adalah daripada kategori peranti mercu dan dipasarkan pada harga yang agak tinggi. Namun, ia berbeza dengan penawaran siri realme 9 Pro kali ini, kerana anda boleh mendapatkannya pada harga yang mampu milik. Kini, anda tidak lagi perlu memiliki telefon mahal, membawa kamera yang besar dan juga tidak perlu membawa komputer riba untuk membuat suntingan gambar. Hanya menggunakan telefon pintar daripada realme, keluarkan dari poket dan anda sudah boleh menghasilkan karya yang memuaskan sepanjang hari.

3. Saiz Memori Dan Storan Yang Besar Dan Boleh Diperluaskan Lagi

Jika kita kembali ke tahun 2019, agak sukar sebenarnya untuk mencari telefon pintar dengan saiz memori dan storan yang besar, tetapi pada harga mampu milik. Hal ini kerana, kebanyakan telefon pintar mampu milik dahulu menawarkan saiz memori dan storan 6GB/128GB dan itu adalah yang paling tinggi pada ketika itu. Bergerak kehadapan, kini siri realme 9 Pro ini dilancarkan dengan saiz memori dan storan bermula 6GB/128GB hingga 8GB/256GB yang mana kita tahu bahawa penawaran ini sebenarnya agak sukar untuk kita miliki dengan harga mampu milik pada zaman dahulu.

4. Sistem Pengecasan Pantas

Jika dahulu sistem pengecasan pantas sering ditawarkan untuk peranti kelas atasan sahaja, kini siri realme 9 Pro juga tidak ketinggalan untuk menawarkannya tetapi pada harga yang lebih mampu milik. Bagi model realme 9 Pro 5G, kapasiti bateri yang ditawarkan adalah 5000mAh dan realme 9 Pro+ 5G pula dikuasakan dengan bateri bersaiz 4500mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas. Apa yang membezakannya adalah realme 9 pro 5G menyokong pengecasan pantas 33W, manakala realme 9 Pro+ 5G pula menyokong pengecasan pantas 60W menerusi port USB-C yang dikatakan mampu mengecas penuh dalam masa 45 minit.

5. Sokongan Skrin AMOLED Untuk Pengalaman Tontonan Dan Tatalan Yang Memuaskan

Jenis skrin yang digunakan juga adalah antara komponen yang penting bagi membolehkan seseorang itu menikmati tontonan dan tatalan yang lebih memuaskan serta dapat memberikan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan.

Salah satu daripada siri realme 9 Pro ini dilengkapi dengan jenis skrin SAMOLED bersaiz 6.4 inci yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Malah paparan skrinnya juga adalah terang, tajam dan responsif pada sentuhan serta membuatkan paparannya kelihatan hidup seperti memaparkan pewarnaan semulajadi.

6. Harga Pasarannya Yang Kompetitif

Bagi anda yang berminat, siri realme 9 Pro ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia dengan tawaran harga pasaran yang sangat kompetitif. Harga pasarannya adalah bermula RM1099 (6GB/128GB) dan RM1,199 (8GB/128GB) bagi realme 9 Pro. Manakala harga bagi realme 9 Pro+ 5G pula adalah bermula RM1,399 (8GB/128GB) dan RM1,599 (8GB/256GB). Tambahan pula realme menawarkan potongan harga bagi sesi jualan pertama mereka. Ini menjadikannya lebih berbaloi untuk dimiliki.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kita dapat lihat penawaran siri realme 9 Pro kali ini telah mengubah persepsi kita bagi sebuah peranti mampu milik. Kini, untuk memiliki sebuah telefon pintar dengan spesifikasi yang baik pada harga mampu milik adalah lebih mudah, dan realme telah membuktikannya.

Bukan sekadar telefon dengan rangkaian 5G, malah ia juga menyertakan sensor IMX766 yang sering ada pada peranti mercu. Ditambah pula dengan rekaannya yang menarik dengan kebolehan berubah-ubah warna, ia menjadikannya lebih berbaloi untuk dimiliki. Penawaran ini memang sesuai dengan slogan dan identiti realme, iaitu “Dare to Leap” dimana realme akan terus berani menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi baik namun anda boleh memilikinya pada harga mampu milik dan menarik. Pelancaran ini juga merupakan salah satu inisiatif realme untuk mencapai sasaran mereka, iaitu ingin memudahkan orang ramai, terutamanya golongan B40 untuk merasai pengalaman memiliki peranti mampu milik dengan teknologi terkini, seperti 5G.

Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami