Microsoft Berhenti Menjual Produk Dan Perkhidmatan Di Rusia

Diterbitkan pada Mac 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan situasi melibatkan serangan Rusia terhadap Ukraine, kini Microsoft mengumumkan mereka akan menghentikan jualan produk dan perkhidmatan mereka di Rusia.

Disamping itu, pelbagai aspek perniagaan Microsoft di Rusia juga akan dihentikan – selari dengan halangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Eropah dan UK.

Selain Microsoft, sebelum ini Apple turut telah menghentikan jualan produk mereka, selain Google dan beberapa syarikat lain turut telah menghentikan perkhidmatan pengiklanan di Rusia.

komen


© Amanz / 2022 Kami