Samsung Kini Turut Membuang Kepala Pengecas Daripada Kotak Jualan Siri Galaxy A

Diterbitkan pada Mac 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan beberapa telefon pintar dibawah siri Galaxy A pada minggu ini, iaitu Galaxy A23 dan juga Galaxy A13. Walaupun hadir dengan penawaran seperti kamera 50-megapixel, serta sokongan pengecasan 25W, namun, salah satu perkara tidak menarik padanya adalah kini Samsung tidak menyertakan kepala pengecas secara terbina dalam kotak peranti siri Galaxy A.

Mengikut nyah-kotak awal, Samsung sekadar menyertakan kabel sahaja, dan tidak menyertakan kepala pegecas. Pengguna yang ingin menikmati pengecasan 25W, perlu membeliya secara berasingan.

Hal ini mungkin tidak disukai ramai, namun ini mungkin trend terbaru yang kita perlu biasakan dalam peranti-peranti baharu berspesfiikasi pertengahan dan rendah selepas ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami