Carian
Samsung Dilaporkan Digodam – Kod Sumber Dan Sejumlah Data Diakses
March 6, 2022 Aman

Samsung Electronics kini dilaporkan telah digodam oleh salah satu kumpulan pengodam, sekaligus memperlihatkan kod sumber milik Samsung diakses, selain daripada sejumlah data rahsia yang lain.

Lapsus$ mengatakan mereka merupakan pengodam disebalik serangan terhadap Samsug ini, dan mempunyai data berjumlah 190GB. Kod yang diakses termasuk yang melibatkan penyulitan, kriptografi dan sebagainya. Beberapa algoritma turut dilihat diakses dan dilepaskan secara atas-talian oleh pasukan Lapsus$.

Ia dikatakan Samsung sedang menilai situasi dan perkara yang berlaku ini – dan masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya.

Sebelum ini, Lapsus$ turut terlibat dengan pengodaman melibatkan NVIDIA.

Komen