Apple Mac Pro Dan iMac Pro Dijangka Hadir Hanya Sekitar 2023 Kelak

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada tahun ini telah diperkatakan mungkin hadir dengan kemaskini untuk pelbagai produk komputer mereka, dibawah jenama Mac. Ini termasuk pengenalan produk baharu seperti Mac Studio, selain penawaran komputer dengan cip Apple Silicon lebih berkuasa – sekaligus beralih sepenuhnya daripada menggunakan cip Intel.

Namum, beberapa produk mungkin ditangguhkan dan diperkenalkan pada 2023 kelak.

Mengikut penganalisa popular, Ming-Chi Kuo, kini beliau meramal Apple akan hanya hadir dengan Mac Pro serta iMac Pro baharu pada 2023 kelak.

Sebab disebaliknya penangguhan ini tidak diketahui lagi. Berkemungkinan ia berkait rapat dengan pembangunan cip berkuasa Apple Silicon berbanding apa ditawarkan di pasaran pada hari ini.

Apa pun, Kuo turut mengatakan Apple akan hadir dengan Mac Mini yang berkuasa tinggi (Mac Studio?) bersama-sama panel paparan bersaiz 27-inci baharu pada tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami