Cari @ Amanz

Semua syarikat sekarang mempunyai impian membangunkan platform metamesta mereka yang tersendiri selepas Meta mengumumkan Horizon World tahun lalu. HTC, syarikat yang terkenal dengan teknologi realiti maya mereka tidak mahu ketinggalan dan memperlihatkan konsep metamesta mereka sendiri di MWC yang diberi nama Viverse.

Viverse mempunyai ciri yang sama seperti Horizon World keran membenarkan pengguna menggunakan set kepala AR mereka dengan integrasi dunia sebenar serta mengubah kesemuanya ke dunia maya. Peranti konsep yang diperlihatkan dipakai pada wajah pengguna seperti kaca mata biasa.Selain digunakan ketika bersenam, Viverse boleh digunakan untuk bekerja, berinteraksi dengan keluarga secara jarak jauh dan melawat muzium secara maya.

Dari segi kepakaran HTC mungkin lebih arif mengenai cabaran membangunkan metamesta kerana pengalaman membangunkan Vive. Persoalannya ialah adakah Viverse boleh dibangunkan kerana Meta sendiri kerugian $10 bilion untuk membangunkan Horizon World. HTC bukanlah syarikat yang mempunyai dana yang besar sejak mereka tidak lagi menjadi antara pengeluar telefon pintar terbesar dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd