Netflix Melancarkan Siri Trivia Harian Trivia Quest

Diterbitkan pada Mac 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix akan melancarkan siri baharu Trivia Quest bulan yang merupakan siri kuiz harian intertif pertama mereka. Trivia Quest adalah berasaskan kuiz Trivia Crack yang ditawarkan oleh The New York Times. Setiap hari rancangan akan menawarkan 24 soalan dengan 12 daripadanya mudah dan 12 lagi adalah lebih sukar.

Soalan adalah berkisar topik sains, sejarah, hiburan, sukan, seni dan geografi. Pemain akan mengumpul markah bagi membebaskan penduduk Trivia Land dan watak jahat Evil Rocky. Pengakhiran siri adalah bergantung kepada markah yang dikumpul oleh pemain. Trivia Quest boleh dimainkan pada peranti Android, iOS, iPad, komputer dan TV pintar terpilih.

Siri Trivia Quest akan mula ditayangkan di Netflix pada 1 April dengan 30 episod kesemuanya untuk musim pertama. Setiap soalan akan diberikan empat pilihan jawapan. Ini ialah percubaan kedua Netflix untuk menawarkan kandungan interaktif berbentuk kuiz selepas Cat Burglar minggu lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami