Cat Burglar Ialah Animasi Interaktif Dalam Bentuk Kuiz Di Netflix Dari Penerbit Black Mirror

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa tahun yang lalu Netflix mula menawarkan kandungan interaktif yang menawarkan jalan cerita yang boleh dipilih oleh penonton. Sambutan kepada kandungan adalah bercampur baur dengan Black Mirror : Bandersnatch mungkin yang paling dikenali ramai. Minggu ini mereka menawarkan Cat Burglar yang merupakan animasi interaktif dengan jalan cerita dikawal dengan menjawab kuiz di skrin.

Penonton perlu pantas dan bijak menjawab tiga soalan trivia yang sukar di skrin untuk meneruskan cerita. Hanya tiga percubaan diberikan sebelum penonton perlu mencuba semula. Yang membuatkan Cat Burglar sukar ialah kerana soalan bertukar-tukar walaupun kuiz dimainkan semula. Kandungan yang agak aneh ini diterbitkan oleh Charlie Brooker yang juga merupakan pencipta siri Black Mirror.

Kami sendiri telah mencuba beberapa kali dan masih belum mampu tiba ke penghujung animasi kerana soalan dalam bentuk trivia perfileman, makanan, hiburan dan pengetahuan am yang diberikan benar-benar menguji minda. Cat Burglar boleh ditonton di Netflix menerusi pautan ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami