Cari @ Amanz

Netflix mula berjinak-jinak dengan kandungan interaktif dua tahun yang lalu apabila mereka melancarkan Puss In Book : Trapped In An Epic Tale. Ini kemudian diikuti pula oleh rancangan lain seperti Buddy Thunderstruck: The Maybe Pile dan Stretch Armstrong: The Breakout. Tetapi format rancangan ini hanya mula menjadi bualan orang ramai tahun lalu apabila mereka menawarkan Black Mirror : Bandersnatch.

Filem pendek fiksyen sains yang bertema agak gelap ini tular di media sosial keran membolehkan pengguna mengawal jalan cerita serta watak. Ketika berucap di acara FICCI-Frames di India semalam, timbalan presiden kandungan Netflix Todd Yellin berkata perkhidmatan penstriman video ini berminat menghasilkan lebih banyak kandungan interaktif di masa hadapan. Dalam masa satu hingga dua tahun lagi, kandungan seperti ini akan ditambah.

Beliau turut berkata ia tidak akan terhad kepada genre fiksyen sains semata-mata. Mungkin filem komedi atau romantik turut boleh dihasilkan menggunakan format yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd