Instagram Membuang Aplikasi Boomerang Dan Hyperlapse Pada Android Dan iPhone

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sebelum ini telah membuang aplikasi berasingan untuk IGTV daripada kedai aplikasi. Kini, selain daripadanya, Instagram juga telah turut membuang aplikasi Boomerang dan Hyperlapse daripada PlayStore dan juga Apple App Store.

Boomerang

Walaupun Instagram telah membuang aplikasi berasingan berkenaan, namun mereka masih mengekalkan ciri tersebut pada aplikasi utama Instagram. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan Instagram lebih memfokuskan kepada beberapa perkara utama, dan mengurangkan sumber pada aplikasi-aplikasi yang jarang digunakan pengguna.

Dengan langkah ini, Instagram juga dilihat ingin memudahkan pengguna dalam menghasilkan dan menyunting kandungan – tanpa perlu untuk berubah-ubah antara aplikasi.

komen


© Amanz / 2022 Kami