Rekaan Mac Studio Dan iPhone Berwarna Hijau Tertiris

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada acara Peek Performance awal pagi esok Apple dipercayai akan melancarkan komputer Mac serta iPhone dalam warna baharu. Saluran YouTube Luke Miani telah menerbitkan video yang menunjukkan rekaan Mac Studio dan iPhone 13 dalam warna hijau.

Mac Studio menurut beliau hadir dalam menari kecil tetapi tiga kali lebih tinggi berbanding sebuah Mac Mini. Ruang pengudaraan yang besar dapat dilihat pada bahagian bawah. Ia juga hadir dengan monior Studio Display yang yang lebih mampu milik berbanding Pro Display XDR. Teknologi mini-LED tidak akan digunakan dan ia mungkin hadir dengan tapak terbina sekali. Saiz skrin dipercayai sekitar 27″ , bezel yang lebih tebal dan tanpa ruang udara pada panel belakang seperti Pro Display XDR.

Imej pengolokan iPhone 13 dan 13 Moni dalam warna hijau juga diperlihatkan. Warna yang jarang sekali ditawarkan di pasaran menjadikannya unik. Sejauh manakah kebenaran imej-imej pengolokan ini akan terjawab awal pagi esok.

Sumber 9to5Mac

komen


© Amanz / 2022 Kami