Mulai 1 April, MySJ Trace Diwajibkan Untuk Tempat Tertutup – MySejahtera Dikecualikan Dikawasan Terbuka Tidak Sesak

Diterbitkan pada Mac 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 kelak. Selari dengannya, bermula bulan hadapan, beberapa perubahan akan turut dilakukan.

Antaranya adalah dari segi penggunaan aplikasi MySejahtera. Menurut PM, “Pendaftaran kemasukkan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan, tetapi dikecualikan untuk kawasan terbuka yang tidak sesak, dan tiada perhimpunan ramai.

“Tambahan pula, MySJ Trace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu ataupun pengunjung”

Ini bermakna, orang ramai masih perlu mengimbas MySejahtera seperti biasa ketika ke premis atau kawasan dengan ramai orang, dan pada masa yang sama wajib mengaktifkan ciri MySJ Trace.

MySJ Trace telah diperkenalkan baru-baru ini, menggunakan tenaga Bluetooth dalam mengenal-pasti kontak rapat. Dengan pengenalannya juga, ia telah memudahkan pengguna dengan tidak perlu melakukan daftar keluar lokasi di MySejahtera untuk setiap kali.

Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengaktifkan MySJ Trace dengan tap pada bahagian khusus disediakan, sekaligus turut mengetahui interaksi harian anda bersama yang lain pada sesuatu hari.

komen


© Amanz / 2022 Kami