Carian
iPhone SE 2022 Diperkenalkan Dengan Cip Apple 15 Bionic, 5G Dan Touch ID
March 9, 2022 Aman

Apple hari ini mengambil pentas utama dengan memperkenalkan peranti yang dinantikan ramai, iaitu iPhone SE 2022. Tim Cook di pentas turut mengatakan mereka meyasarkan untuk menambah sejumlah pelanggan baharu melalui iPhone SE 2022 ini.

iPhone SE 2022 hadir dengan cip Apple 15 Bionic – sekaligus menawarkan prestasi pemprosesan yang baik. Ia hadir turut menyertakan Touch ID pada bahagian hadapan.

Melengkapkan penawaran ini adalah sokongan rangkaian 5G – sekaligus menjadikan telefon pintar ini sebagai iPhone paling mampu milik.

Untuk rakaman gambar, iPhone SE 2022 turut hadir menggunakan kamera 12-megapixel bersama dengannya.

Di Malaysia, Apple menawarkan iPhone SE 2022 ini pada harga bermula RM2099 – memperlihatkan peningkatan sebanyak RM100 untuk harga permulaan berbanding penawaran iPhone SE sebelum ini.

Komen