Cari @ Amanz

Apple jarang mengacah kehadiran produk baharu. Namun, pada acara yang diadakan hari ini, pengeluar peranti terkemuka dunia berkenaan mengatakan mereka sedang membangunkan Mac Pro baharu, dan akan berkongsi mengenainya pada acara lain kali.

Dengan pengenalan Mac Studio hari ini, ia sekaligus melengkapkan lagi ekosistem Apple, dan menawarkan pilihan bagi mereka yang memerlukan komputer berkuasa lebih tinggi berbanding MacBook Pro.

Namun, ia bukanlah pengganti Mac Pro. Apple sedia menyasarkan peralihan sepenuhya daripada penggunaan cip Intel sebelum ini, dan kini hanya tinggal Mac Pro sahaja yang masih belum hadir dengan pilihan cip Apple Silicon. Mac Pro merupakan penawaran paling berkuasa daripada Apple, yang digunakan ramai dalam arena penyuntingan video, animasi dan sebagainya. Ia sering hadir dengan cip berkuasa tinggi yang bertahan untuk beberapa tahun penggunaan.

Malah, pengenalan cip M1 Ultra juga memberikan petanda bagaimana kita mungkin melihat gabungan dua atau lebih cip digunakan dalam hadir dengan komputer lebih berkuasa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bilakah Apple akan perkenal Mac Pro baharu mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd