Carian
Samsung Catat Rekod Dunia Untuk Nyah-Kotak Peranti Paling Ramai Secara Serentak
March 9, 2022 Aman

Samsung kini mencatatkan rekod dunia tersendiri melalui Guinness World Record untuk “Nyah-Kotak Peranti Paling Ramai Secara Serentak”. Rekod ini dicatatkan melalui Samsung India untuk nyah-kotak peranti Samsung Galaxy S22 yang terbaru.

Samsung mencatatkan rekod berkenaan dengan nyah-kotak bersama 1820 pengguna secara serentak, di 17 bandar di India, pada 5 Mac 2022 lepas.

Sebelum ini, rekod berkenaan dipegang oleh pihak Xiaomi pada tahun 2019 lepas, dimana ketika itu Xiaomi memperlihatkan seramai 703 orang nyah-kotak produk Xiaomi pada waktu serentak. 

Berbeza dengan Xiaomi yang menyah-kotak pelbagai jenis produk, untuk Samsung, mereka memfokuskan kepada hanya satu siri produk, iaitu telefon siri Samsung Galaxy S22.

Komen