Cari @ Amanz

David Bennett mencatatkan sejarah dunia selepas menjadi manusia pertama menerima pemindahan jantung dari seekor kninzir. Pembedahan xenotransplan ini membuka pinta kepada pengguna organ haiwan sebagai ganti organ manusia yang rosak. Hari ini Bennett dilaporkan telah meninggal dunia.

Sebab kematian belum lagi diumumkan dan tidak diketahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan jantung yang diterima oleh beliau. University of Maryland Medical Center telah diberikan kebenaran khas untuk memindahkan jantung khinzir ke dalam tubuh Bennett oleh keluarga memandangkan jantung manusia yang sesuai tidak ditemukan dan tanpa pembedahan beliau akan meninggal dunia.

Pasca pembedahan, doktor yang merawat mengatakan tiada petanda organ ditolak oleh tubuh penerima kerana khizir yang digunakan sebagai penderma telah melalui perubahan genetik terlebih dahulu.

Doktor-doktor di University of Maryland Medical Center mengucapkan terima kasih kepada Bennett kerana data yang dikumpul selepas pembedahan dilakukan adalah amat berharga untuk meneruskan kajian serta prosedur lain di masa depan.

Selain menggunakan organ khinzir sebagai ganti, saintis juga sedang membangunkan organ universal yang boleh dipindahkan kepada tubuh penerima tanpa mengira jenis darah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd