Cari @ Amanz

Samsung sudah mula memberikan kemas kini ke peranti siri Galaxy S22 di Korea Selatan bagi menyahaktifkan perisian Game Optimizing Service (GOS). GOS mempunyai senarai lebih 10,000 aplikasi yang akan dihadkan kemampuan CPU serta GPU bagi mengawal penggunaan bateri serta pengeluaran haba ketika beroperasi.

Menerusi kemas kini ini, pengguna diberikan pilihan untuk terus mengekalkan GOS atau menyahaktifkannnya sepanjang masa. Walaupun GOS digunakan untuk memberikan prestasi yang paling optimum sejak Galaxy S10, terdapat pengguna yang merungut permua tidak dapat dimainkan pada tetapan yang paling tinggi. Ia juga menyebabkan peranti Galaxy S10, S20, S21 dan S22 kesemuanya dibuang dari cara penanda aras Geekbench 5 minggu lalu.

Pada waktu ini hanya siri Galaxy S22 menerima kemas kini dengan siri lain dijangka menerimanya dalam masa terdekat. GOS hanya ditemukan pada siri Galaxy S sahaja setakat ini dengan siri Galaxy Note dan Galaxy Z nampaknya tidak terkesan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd