Beberapa minggu yang lalu ciri memuat naik tangkapan layar PlayStation 5 terus ke aplikasi PS App diberikan kepada pengguna di A.S, Jepun dan Kanada. Hari ini ciri ini akhirnya boleh digunakan oleh pemilik PlayStation 5 di Malaysia. Ciri boleh diakses menerusi tab Game Library dengan terdapat ruang khas untuk Captures bersebelahan kategori Games.

Untuk menggunakannya, sila ke tab yang disebutkan tadi dan tekan butang Enable yang terpapar pada skrin. Ikuti arahan yang diberikan dan tangkapan layar serta klip video akan terus dipaparkan dalam aplikasi. Kesemua kandungan multimedia ini kemudiannya boleh dikongsi semula ke pelbagai media sosial oleh pengguna. Ciri boleh digunakan pada aplikasi PS App versi Android dan iOS hari ini.