Pengguna Rusia Akan Dihalang Dari Membeli Aplikasi, Langganan dan IAP Di Google Play Store

Diterbitkan pada Mac 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rusia akan mula menyengat jutaan pengguna sistem operasi Android di negara tersebut. Menurut laporan 9to5 Google, kerana sekatan sistem pembayaran dari Rusia pengguna kelak akan dihalang dari membeli aplikasi, permua, melakukan langganan, dan pembelian dalam aplikasi (IAP) menerusi Google Play Store. Google telahpun mengumumkan perubahan polisi ini kepada pembangun aplikasi.

Google Play Store

Hanya muat turun aplikasi percuma sahaja akan dapat dilakukan selepas ini. Pengguna yang telah melakukan langganan aplikasi akan diberikan sehingga tarikh langganan akhir sebelum ia akan ditamatkan. Pembelian kredit dalam permainan video juga akan terjejas. Aplikasi berbayar yang sudah dibeli juga akan terus kekal pada peranti.

Halangan ini adalah bagi mematuhi sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Rusia selepa ia menyerang Ukraine dua minggu lalu. Google mengikuti langkah Sony, dan Microsoft yang menghentikan sebarang bentuk pembelian pada platform mereka kepada pengguna di Rusia.

Sumber – 9to5Google

komen


© Amanz / 2022 Kami