Cari @ Amanz

OSOM Memperlihatkan Skrin Hadapan Dan Binaan Peranti OV1

Link Copied!

OSOM OV1 ialah telefon pintar pertama yang akan dikeluarkan oleh bekas kakitangan Essential. Peranti pertama mereka akan mementingkan sekuriti dengan kabel pengecas yang mempunyai suis fizikal untuk menghalang pemindahan data. Sedikit demi sedikit misteri mengenai peranti ini didedahkan sendiri oleh pengeluar dan kini skrin hadapan dan juga kemasan yang digunakan pula diketahui.

Hanya sebahagian kecil skrin hadapan dapat dilihat dengan ia mempunyai bahagian bezel dagu yang agak besar. Dapat juga dilihat peranti dilengkapi aplikasi pelayar web Brave dan pemesejan Signal yang turut mementingkan privasi.

Dari sudut kemasan pula, OV1 akan menggunakan bingkai besi tahan karat, bonggol kamera titanium, panel belakang zirconia, dan kaca hadapan Corning Gorilla Victus. Selain itu OSOM turut menjanjikan bateri peranti yang boleh bertahan lebih daripada sehari.


Komen ()