Google Mengaktifkan Sistem Amaran Serangan Udara Bagi Pengguna Android Di Ukraine

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Konflik Ukraine sudah berlarutan selama tiga minggu dengan jutaan penduduk negara tersebut dilaporkan sudah melarikan diri ke negara jiran. Bagi yang masih tinggal di kawasan konflik, risiko serangan udara berlaku hampir setiap hari. Google hari ini mengaktifkan sistem amaran serangan udara pada peranti Android di Ukraine.

Apabila amaran serangan udara diterima, amaran akan diberikan pada peranti Android yang berada pada lokasi berdekatan. Notifikasi akan memberitahu pengguna untuk terus ke kubu keselamatan dan juga menghantar notifikasi apabila serangan sudah berakhir.

Sistem ini digunakan adalah sama seperti sistem amaran gempa bumi yang diperkenalkan sebelum ini. Google memberikan ciri ini kepada penduduk Ukraine selepas diminta oleh pihak kerajaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami