(Ura-Ura) Unifi TV Dijangka Menambah Disney+ Hotstar Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia melalui Unifi TV sedia menambah beberapa aplikasi penstriman video dibawah mereka – sekaligus memudahkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan penstriman dan menguruskan pembayaran bilnya dengan lebih mudah, pada harga rendah.

Terbaru, melalui forum rasmi Unifi, hadir desas-desus mengatakan Unifi TV bakal menambah perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar dibawah platform Unifi TV tidak lama lagi.

Ia dijangka mungkin ditambah seawal penghujung Mac ini atau April 2022 kelak. Apa pun, seperti biasa, ia masih pada peringkat desas-desus awal buat masa ini. Sebelum ini, Astro sedia turut menawarkan akses kepada Disney+ Hotstar dibawah langganan mereka.

Sekiranya benar, maka kita akan dapat melihat pelanggan dengan mudah turut mengakses kandungan Disney+ Hotstar dibawah platform Unifi TV.

Unifi TV agak aktif menambah perkhidmatan penstriman dibawah mereka akhir-akhir ini, termasuk baru-baru ini telah menambah LionsGatePlay dan juga WeTV.

komen


© Amanz / 2022 Kami