Cari @ Amanz

Telekom Malaysia nampaknya agak aktif dalam arena penstriman dan kandungan pada tahun ini, dengan penambahan beberapa perkhidmatan dibawah platform mereka. Kini, selain desas-desus mengatakan sokongan Disney+ Hotstar akan ditambah ke Unifi TV, ia turut diperkatakan TM bakal memperkenalkan sebuah kotak televisyen baharu, Unifi Plus Box 2.0.

Kotak televisyen baharu ini dijangka diperkenalkan seawal April ini, dan menariknya ia turut dijangka menyokong Netflix melaluinya.

Sekiranya benar, maka ia akan menamatkan penantian sekian lama untuk sokongan Netflix pada Unifi TV selama ini. Kotak televisyen ini juga dijangka akan berfungsi secara hibrid dengan menyokong kandungan siaran televisyen biasa melaluinya.

Dengan perkembangan dan desas-desus awal ini, ia agak menarik melihat TM akhirnya memberikan perhatian penuh kepada perkhidmatan Unifi TV mereka pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan Unifi TV ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd