Realme 9 5G Kini Rasmi – Dijana Dimensity 810, Skrin 90Hz, Kamera 48MP

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Realme 9 SE, terdapat sebuah lagi model yang turut sama diumumkan secara rasmi. Ianya adalah Realme 9 5G yang lengkap dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi cip MediaTek Dimensity 810. Seperti namanya, ia juga sebuah peranti yang lengkap dengan rangkaian 5G terbina.

Untuk spesifikasi khusus, Realme 9 5G didatangkan dengan skrin sebesar 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip pemprosesan MediaTek Dimensity 810 yang digunakan turut dipadankan dengan memori 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 128GB (UFS 2.1). Bersama-sama dengannya, ia turut menyokong ciri Dynamic RAM Expension yang boleh dikembangkan mencapai 5GB secara maya. Bateri pula adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tri-kamera di belakang pula terdiri dengan tetapan 48MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP lengkap dengan algoritma Clear Fusion untuk penggunaan lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, menjalankan pelancar RealmeUI3.0 terus daripada kotak dan sebagainya.

Untuk harga, Realme 9 5G dijual pada INR14,999 (~RM824) (4GB/64GB) dan INR17,499 (~RM961) (6GB/128GB). Ia boleh didapati dalam dua pilihan kemasan warna seperti Stargaze White dan Meteor Black. Buat masa ini, belum ada sebarang informasi lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan.

Sumber : Realme India

komen


© Amanz / 2022 Kami