Imej Pengolokan Sony Xperia Ace 3 Tertiris Menunjukkan Rekaan Yang Kompak

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amanz sebelum ini melaporkan Sony telah hadir dengan peranti Xperia yang mengekal rekaan kompak. Melaluinya, Sony Xperia Ace 2 diumumkan dengan spesifikasi kelas pertengahan yang menggunakan cip MediaTek Helio P35.

Terbaharu, muncul beberapa imej pengolokan tular yang menunjukkan rekaan untuk model kemaskini model berkenaan. Dikenali sebagai Sony Xperia ACE 3, ia mempunyai panel hadapan bertakuk kecil yang menempatkan kamera swafoto. Skrin dijangka sebesar 5.5-inci dengan padanan saiz bezel yang agak tebal.

Imej Pengolokan Sony Xperia ACE 3 Tertiris Menunjukkan Rekaan Lebih KompakPanel belakang pula memperlihatkan modul kamera bersaiz kecil dengan sokongan kamera utama tunggal 13MP. Seterusnya, LED Flash turut sama melengkapinya dalam modul kamera berkenaan. Sisi kanan terdapatnya butang kuasa dan laras audio. Butang kuasa ini turut sama berfungsi sebagai pengimbas cap jari untuk sistem sekuriti pada peranti.

Seterusnya, sisi kiri pula menempatkan ruangan untuk slot SIM. Port sambungan USB-C dan pembesar suara pula diletakkan pada sisi bawah, manakala bahagian atas pula terdapatnya bicu audio 3.5mm. Setakat diketahui, cip pemprosesan yang bakal digunakan adalah Snapdragon 888, memori 6GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4,500mAh.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran khusus yang dikongsi. Namun begitu, ia dijangka tiba sekitar bulan Jun hadapan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami