Samsung Dijangka Menambah Sokongan Termometer Pada Galaxy Watch5

Diterbitkan pada Mac 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula dengan Android Wear (kini Wear OS), Samsung menggunakan sistem operasi jam tangan pintar ini untuk jam tangan pintar mereka Galaxy Live. Selepas yakin dengan Tizen, mereka beralih kepada sistem tersendiri ini dan menggunakannya untuk beberapa tahun sehinggalah Galaxy Watch4 yang dilancarkan kembali dengan Wear OS dengan antaramuka One UI mereka.

Kelak jam Galaxy Watch5 juga dilaporkan akan terus menggunakan sistem operasi ini. Ia dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Ogos akan datang mungkin bersama-sama dengan Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4. Galaxy Watch5 dikatakan akan akhirnya menyertakan sensor suhu kulit atau termometer untuk kulit bagi mengimbas suhu kulit pemakai.

Perancangan untuk menyertakan ciri ini sudah lama dilakukan, namun atas faktor cuaca, suhu badan memanas ketika bersenam dan beberapa faktor lain – ia ditangguhkan. Tetapi dengan teknologi yang dibangunkan sendiri, mungkin termometer berasaskan infra merah – Samsung dikatakan telah menemui jalan untuk membaca suhu kulit dengan lebih tepat.

Selain daripada itu, Galaxy Buds yang boleh membaca suhu badan pengguna juga dikatakan sudah pun terdapat prototaipnya dan Samsung masih memperhitungkan sama ada akan dilancarkan kepada umum atau akan terarkib sahaja dalam makmal mereka.

Apa kata anda dengan ciri ini? Mobvoi sudah pun hadir dengan ciri ini pada TicWatch GTH dan yang terbaru pada TicWatch GTH Pro dengan sistem Arty. Apple juga dikatakan turut mungkin akan menyertakan ciri sama pada Apple Watch mereka akan datang.

Sumber: ETNews

komen


© Amanz / 2022 Kami