OnePlus Nord CE 2 5G Berharga RM1499 Di Malaysia – Kamera 64MP, Hadir Dengan 65W SuperVOOC

Diterbitkan pada Mac 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Malaysia sedia mengacah kehadiran OnePlus Nord CE 2 5G di Malaysia, dan hari ini mereka turut berkongsi berkenaan harga jualan rasminya di Malaysia, iaitu RM1499.

OnePlus Nord CE 2 5G hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+, menawarkan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Melengkapkan ia adalah tri-kamera 64MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto 16MP, serta dijana dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W SuperVOOC. Telefon pintar ini turut menjalankan OxygenOS 11.3 berasaskan Android 11.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1499 bermula 19 Mac 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami