Kuo : Hanya iPhone 14 Pro Akan Guna Cip A16 – iPhone 14 & 14 Max Dijangka Kekal Guna A15

Diterbitkan pada Mac 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah pun memperkenalkan iPhone SE baharu dengan cip Apple A15 Bionic. Bergerak kehadapan, semestinya ramai menantikan pengenalan iPhone 14 sekitar bulan September kelak.

Untuk makluman, kini Apple mengasingkan pengenalan telefon mercu mereka kepada dua keluarga, iaitu yang biasa dan juga “Pro”. Mengikut perkongsian terbaru daripada penganalisa Ming-Chi Kuo, ia dikatakan hanya siri iPhone 14 Pro akan dinaik-taraf menggunakan cip Apple A16 terbaru.

Sementara iPhone 14 dan juga iPhone 14 Max akan kekal menggunakan cip Apple A15 sedia ada. iPhone 14 Max bakal menggantikan penawaran “Mini” yang dilihat agak kurang popular.

Sekiranya perkara ini benar, maka ini adalah kali pertama Apple menawarkan pilihan cip berbeza – sekaligus membawa perbezaan besar antara model biasa dan “Pro”.

Disamping perbezaan pada cip, Apple juga dijangka akan menawarkan memori berasaskan LPDDR5 untuk model “Pro”, sementara model bukan “Pro” menggunakan LPDDR4X.

komen


© Amanz / 2022 Kami