Carian
TM Akan Pindahkan Semua Pelanggan Unifi Lite Dan Streamyx Sedia Ada Ke Internet Fiber Menjelang 2025
March 14, 2022 Aman

Lanjutan daripada laporan Amanz berkaitan penghentian pendaftaran baharu untuk pelan Streamyx dan Unifi Lite, kini Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mengesahkan perkara berkenaaan.

Pada masa yang sama, TM turut mengatakan mereka akan menaik-taraf semua pelanggan Streamyx dan Unifi Lite sedia ada kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi berasaskan fiber menjelang 2025 kelak.

TM akan menghubungi pelanggan terlibat dalam memastikan peralihan perkhidmatan akan dilakukan dengan baik.

Pada masa yang sama, TM turut mengalu-alukan pelanggan terbabit untuk menghubungi talian 100 dalam menaik-taraf pelan perkhidmatan internet mereka.

Komen