Carian
Rasmi: Peranti Samsung Galaxy A Baharu Akan Dilancarkan Pada 17 Mac Ini
March 14, 2022 Fahim Zahar

Semalam poster acara Galaxy A Event baharu telah tertiris. Ia adalah acara di mana Samsung akan melancarkan peranti-peranti Galaxy A baharu dan ia dikatakan akan berlaku pada hari Khamis ini, 17 Mac 2022. Hari ini, Samsung telah mengumumkan secara rasmi yang Galaxy A Event baharu benar-benar akan berlaku pada tarikh tersebut.

17 Mac 2022, iaitu hari Khamis akan datang pada 10 PM waktu Malaysia – Samsung dijangka akan melancarkan beberapa peranti Galaxy A baharu. Mengikut maklumat yang tertiris antara peranti tersebut adalah Galaxy A73 dan Galaxy A53 yang akan hadir dalam dua variasi 4G dan 5G. Galaxy A73 mungkin akan hadir dengan cip Snapdragon 750G, manakala A53 dengan cip Exynos 1200.

Saiz skrin dikatakan adalah 6.7-inci untuk A73 dan 6.5-inci untuk A53. Spesifikasi lain masih belum diketahui lagi. Namun, kami jangkakan Samsung akan menyertakan penawaran menarik sepertimana telah mereka lakukan sebelum ini. Sama-sama kita nantikan, sama ada adakah peranti Galaxy A kali ini akan menjadi lebih hebat daripada sebelum ataupun tidak.

Komen